Thursday 30 May 2013

Bidang Tugas Kami

Imej bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, imej adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. 

Lebih kritikal lagi, imej ini juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja, staf mahupun klien. Ini bermakna, imej diri individu yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan keunggulan reputasi organisasinya. Oleh itu, komitmen untuk menghebatkan reputasi sesebuah organisasi harus dimulakan dengan menghebatkan imej setiap kakitangannya.

Oleh itu, R.I Training & Consultancy ditubuhkan bagi membantu meningkatkan imej dan kredibiliti individu dan organisasi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Antara program-program yang kami jalankan adalah:

-Bengkel Pemantapan Imej Profesional

  • Program ini merangkumi 3 aspek penting dalam pembangunan imej yang profesional iaitu, Apperance (Penampilan), Behaviour (Tingkahlaku), dan Communication (Komunikasi).
  • Sesuai dengan individu atau organisasi yang ingin menambahbaik kualiti perkhidmatan sama ada daripada sektor swasta dan kerajaan. 

-Bengkel Pembangunan Kerjaya 

  • Program ini dibangunkan khusus bagi membantu para pelajar supaya bersiap sedia melangkah ke alam kerjaya dengan lebih berjaya. 
  • Sesuai dengan kehendak pasaran, Bengkel Pembangunan Kerjaya ini merangkumi pelbagai aspek penting iaitu, persiapan imej dan penampilan, persiapan resume yang efektif, dan etika temuduga.
-Bengkel Pembangunan Etika Profesional

  • Imej seseorang itu bukan hanya dinilai daripada penampilannya sahaja. Imej yang profesional juga bergantung kepada adab dan etika dalam pergaulan sama ada sesama rakan sekerja ataupun pelanggan. Pekerja yang mempunyai etika yang baik akan memberikan impak yang baik kepada sesebuah organisasi.
  • Program ini akan menekankan aspek Etika Sosial, Etika Bisnes, dan Etika di meja makan. 
-Coaching & Personal Shopping

  • Program khas ini hanya dijalankan secara perseorangan atau kumpulan yang kecil. Sesi ini akan membantu individu yang ingin menambahbaik kualiti dan imej diri secara intensif.
  •  Pakej bagi program ini juga disertakan dengan 'Personal Shopping' di mana peserta akan terus mengaplikasi teknik yang dipelajari dalam kehidupan harian.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, emelkan ke ritc.info@gmail.com.


'Kredibiliti Anda, Tanggungjawab Kami'

CPIC Farah Lina Abd Rahim
Perunding Imej Profesional